Tuesday 25 September 2018

Review Abardeen V328 kids smartwatch


Lamanya tak post apa-apa kan. Super busy sejak dah ada 3 mini askar ni tak sempat nak review atau share apa pun, hanya sempat share di facebook je.

Okay post kali nak share mengenai jam smartwatch kanak-kanak pula. Dengan wujudnya shopee , lazada ni senang kan nak dapat barangan yang murah direct dari China dengan kos postage yang sangat murah..fuhhhh (makin nipis la dompet husband). Ramai parents yang mencari jam pintar atau gps untuk anak mereka yang bersekolah, tapi tula tak banyak review di Malaysia ni yang dapat bagi review. Ok, saya start study pasal jam yang pintar ni agak 1-3 bulan juga la, disebabkan saya dan husband menggunakan ios, saya sangat risau jam tak dapat digunakan dengan sepenuhnya, kerana ada sesetengah jam hanya sesuai untuk Android sahaja. Ni antara review yang saya ambil di shopee daripada pelbagai jenis jam pintar.



Baca semua review dan feedback ni mesti la rasa macam takut nak purchase kan? Walaupun harga RM50 tapi kalau setakat display masa je, still rasa tk worth kan.

So cari punya cari sampailah terjumpa jam Abardeen ni, siap search terjumpa seller dari Thailand buat review jam ni guna ios dan apps nya berfungsi 100%. So cari la wakil dealer dari Malaysia, tak ada okay..siap email cs Abardeen dari China, ada ke seller kat sini? Malangnya cs tu pun cakap belum ada dan tak galakkan kalau beli dari Taobao😭😭😭( maybe dia tak nak ambil risiko dan bagi warranty sebab tiada official dealer disini).

Tapi setelah puas hati study, saya chat dengan seller China di shopee (rasanya trading company) sampai puas hati sebab dia claim memang jam tersebut boleh masuk sim Malaysia dan dia akan bantu jika ada problem. Tetapi still jam tu tak ada warranty sebab yela manufacturer bagi jam kepada dealer tapi dia kan trading ( kira gamble la juga ni). Ini saya sertakan link seller:


Ini rupa jam Abardeen V328, ada 3 warna. Saya pilih pink salmon tu sebenarnya tapi seller hantar yang biru pulak🤦🏻♀️. So saya tak nak leceh accept jela. Harga jam ni RM280 termasuk pos.

Saya ada juga compare Abardeen ni dengan QQ watch Tencent ni, sebab jam ni ada authorize dealer di sini tapi harganya boleh tahan dalam RM400 lebih, tapi ada seller promo RM290 including 1 tahun warranty.

So kenapa ambil risiko kan?? Ini antara sebabnya :
1- Jam V328 support 4G, manakala qq ni tak salah saya hanya support 2G.
2- Dua-dua ada camera tapi boleh tengok dalam gambar di atas ni camera jam qq di sebelah button bukan atas skrin, jadi kalau saya nak curi snap gambar anak untuk lihat enviroment anak memang confirm la tak nampak kan? (Tapi rasanya qq tak ada ciri ni dan V328 ada 😉)
3- V328 boleh buat video call, boleh silent capture, voice capture dan video capture.
4- V328 juga boleh connect dengan wifi internet.

Walaupun begitu jam V328 ni masih ada kelemahannya juga, gps locator dia tidaklah accurate sangat, mungkin lari la dalam beberapa meter. Kiranya klau dalam mall susah la kita nk trace anak kita exactly di mana (so sbb tu sy mmg nk ciri silent capture dan video capture ni sekurangnya boleh try ambil gambar dan tengok persekitaran anak). Dan pastinya kekurangannya memang tak ada warranty la kan. Tapi still bagi saya jam ni sangat worth.

Ini link video saya review ciri video chat pada jam ini. 



Antara ciri yang terdapat dalam apps untuk jam ini.



Packaging yang diterima, ada usb kabel, english user manual serta extra screen protector.

Untuk jam ni saya gunakan telco onexox sebab hanya sim ni yang kreditnya boleh bertahan sehingga setahun. So far coverage ok sebab dia pkai celcom punya coverage.

Jadi keseluruhannya saya rasa memang berbaloi sangat jam ni dan ia berfungsi dengan baik dan seperti yang telah digambarkan.

Ini link video full review jam ni. Semoga bermanfaat. Terima kasih

P/s: tapi kalau memang parents yang nak jam boleh call in/out dan mesej, jam gps 2G sahaja sudah memadai.